top of page

Perlukah Anda Ambil Tahu Tentang Blockchain?

Blockchain, adalah satu perkataan yang mungkin pernah melintasi telinga kita masing-masing dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, adakah ia hanya satu istilah yang digunakan oleh pakar IT dan ahli kewangan semata-mata, atau adakah ianya suatu perkara yang perlu diambil tahu oleh setiap individu? Apakah nilai sebenar di sebalik teknologi ini, dan adakah ianya sesuatu yang kita patut ambil tahu? Sebelum kita menjawab soalan ini, mari kita terlebih dahulu memahami apa itu blockchain.


Secara ringkasnya, blockchain adalah satu bentuk teknologi yang menguruskan buku akaun digital secara berselerak ke merata lokasi. Ianya menggunakan kapasiti pemprosesan beberapa komputer yang berbilang-bilang banyaknya untuk menyimpan dan mengesahkan transaksi tanpa memerlukan pihak tengah seperti bank atau institusi kewangan untuk menyempurnakan transaksi tersebut. Blok-blok maklumat yang dicatat dalam blockchain disusun secara terus menerus selagi transaksi wujud Blockchain akan, mencipta rantaian blok yang tidak dapat diubah suai dengan mudah.


Mengapa blockchain penting? Salah satu keistimewaan utama Blockchain adalah sifatnya yang terdesentralisasi, bermaksud tiada satu pihak yang mengawal keseluruhan sistem. Ini bukan sahaja memberi kebebasan kepada individu untuk menguruskan aset mereka sendiri tanpa bergantung kepada pihak ketiga, tetapi juga meningkatkan keselamatan dan ketelusan. Jadi, adakah kita perlu mengambil tahu tentang blockchain? Jawapannya mungkin bergantung kepada keperluan dan kepentingan peribadi. Bagi sesetengah individu, blockchain adalah sesuatu yang mungkin tidak terlintas di fikiran mereka langsung, terutamanya jika mereka tidak terlibat dalam industri IT atau kewangan.


Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang mungkin membuatkan kita ingin memperhalusi perihak Blockchain in dengan lebih mendalam lagi. Pertamanya, jika anda berminat dan ingin tahu dengan dunia kewangan dan pelaburan, pengetahuan tentang blockchain boleh pembuka pintu kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum. Mata wang kripto ini, yang beroperasi di atas teknologi blockchain, telah menjadi tumpuan utama dalam pasaran kewangan global.


Kedua, jika anda prihatin deng


an keselamatan dan privasi dalam urusan digital anda, blockchain menawarkan kaedah yang lebih selamat dan sulit untuk dimanipulasi. Ini mungkin menjadi penting terutamanya dalam dunia yang semakin terhubung secara digital, di mana data peribadi menjadi se


makin sangat bernilai dan berharga.


Yang ketiga dan yang terakhir, jika anda terlibat da


lam perniagaan atau industri yang melibatkan rangkaian bekalan, blockchain boleh memberikan sistem yang lebih cekap dan telus. Rantaian blok ini membolehkan pengesahan transaksi dengan cepat dan menyekat penipuan atau manipulasi dalam proses perniagaan.


Walaupun begitu, adalah penting untuk diingat bahawa teknologi tidak pernah datang tanpa risiko. Blockchain bukannyatercipta tanpa kelemahan. Anda perlu mendalami ilmu Blockchain ini dengan lebih mendalam dan perlu menepuk dada dan bertanya selera, adakah Blockchain ini sesuatu yang ingin anda ceburi. Sekiranya ya, anda patut mengambil tahu tentang blockchain.



11 lihatan0 komen

Comments


bottom of page